Monday, April 12, 2010

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Group Anak Nusantara (G.A.N)

Salam Nusantara buat semua yang sudi view blog rasmi G.A.N yang baru sahaja di aktifkan...

GAN di tubuhkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan yang telah terjalin di facebook dan membawa ke jalinan yang realiti.. Pada awalnya idea penubuhan GAN ini berasal dari seorang sahabat jeff di facebook yang berasal dari Indonesia iaitu Lendry, Setelah beliau melihat hubungan jeff dan rakan2 tak kira di Malaysia, Indonesia atau pun Singapura amat akrab dan selalu keep in touch diantara satu sama lain. Dengan itu jeff cuba untuk menyatukan ahli2 GAN bukan sahaja di facebook tetapi hingga kami seklian bisa berjumpa sama ada di Malaysia atau pun di negara serumpun yang lain...


InsyaAllah pelbagai aktiviti akan di adakan sama ada secara online atau pun face to face. GAN terlalu muda dan awal untuk melakukan sesuatu aktiviti yang besar, mungkin satu hari nanti GAN akan membuat satu perjumpaan yang besar buat semua ahli2 GAN.. Jeff sekalu admin untuk GAN berasa amat bersyukur sekiranya GAN di terima oleh semua anak2 nusantara. Jarak yang jauh bukan la satu penghalang buat kite bersatu dan mengenali budaya dan adat resam negara serumpun.. Akhir kata dari jeff moga GAN terus merapatkan hubungan serumpun dan membuat kita lebih akrab.. InsyaAllah..


Salam Nusantara Buat Anak Nusantara...

1 comment: